Nabi Sulaiman bertanya kepada semut, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun? Semut menjawab, sebanyak sebiji butir gandum. Lalu, Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dan memasukkan juga sebutir gula yang saiznya seperti sebutir gandum. Kemudian, botol itu ditutup.
Setahun kemudian, Nabi Sulaiman membuka semula botol tersebut dan merasa pelik kerana hanya separuh sahaja daripada sebutir gula itu yang dimakan semut. Lalu baginda pun bertanya kepada semut tersebut, mengapa hanya separuh sahaja yang dimakan sedangkan kata semut setahun yang lepas, ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum untuk hidup selama setahun.
Semut menjawab, jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan ia yakin bahawa Allah akan sentiasa mencukupkan rezekinya, dan ia tidak perlu risau. Tetapi, apabila ia dikurung oleh Nabi Sulaiman, ia berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Takut-takut kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih daripada setahun, apa akan terjadi padanya?
Cerita diatas bukti yang sekecil-kecil semut itu pun yakin pada Allah dalam soal rezeki, inikan pula kita manusia yang diberikan akal fikiran dan tenaga yang lebih daripada semut. Kenapa kita terlalu berharap pada manusia tentang soal rezeki sedangkan yang memberi rezeki itu kan Allah.
Sekecil-kecil semut pun banyak manfaat dan pengajaran yang mereka ajar kepada kita. Sebesar-besar kita manusia ini belum tentu memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.
I came across this picture last night and kinda miss this group
Kelmarin semasa saya kerja saya ada tolong rakan kerja saya ni bersihkan tempat dia sikit sebab dia dah kerja satu hari dan nampak penat. Tapi memang serius saya tolong sikit sangat. Tak sampai seminit pun rasanya bersihkan tempat dia tu. Then saya sambung buat kerja saya dan malam tu supervisor saya ada bagi kerja kena buat sebelum saya balik. Saya pergi tempat lain kejap tapi bila balik tengok rakan kerja saya yang tadi ni dah tolong buat semua kerja bahagian saya yang supervisor bagi tadi. I was like, "Ya Allah, Engkau bayar cash kat aku biar aku nampak kalau buat baik nanti dibalas baik. Tak perlu tunggu lama-lama pun". Tak sempat nak cakap terima kasih kat dia sebab dia dah balik after siap kerja dia. Disebabkan dia dah tolong siapkan kerja saya dapatlah juga saya balik kerja awal. Minggu depan jumpa dia kena ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Moral of the story: Buat baik dengan semua orang dengan hati yang ikhlas :)


