Apabila sudah tiba masanya
Tidak akan lambat sesaat
Tidak juga akan cepat sesaat
Semuanya sudah ditetapkan
Jika kita merasa hanya yang tua menjadi mangsa
Kita sudah ditipu dunia
Berapa ramai anak muda
Juga sudah dipanggil menghadapNya
Antara bersedia atau tidak
Masa itu akan juga tiba
Hari ini mungkin mereka
Esok mungkin giliran kita
Jangan ditangis mereka yang sudah tiada
Kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya
Dia tahu saat yang paling baik untuk kita
Menerima ujian daripadaNya
Seberat mana ujian yang diberikan
Ingatlah kau ada teman untuk berbicara
Untuk berkongsi suka dan duka
Setiap masa dan setiap ketika
Kerana ukhuwah kita erat terbina
Atas jalan yang diredhaiNya
Semoga engkau terus kuat
Dalam menghadapi ujian yang satu ini
05 Mac 2012
-abid-
yang turut merasa kehilangan saat engkau berkongsi cerita di subuh hari
The Story of Qarun
1 hour ago


0 Comment(s):
Post a Comment