Dalam sehari berapa kali kita ucap syahadah? Kita ambik yang wajib time kita tengah solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Jumlah semua sekali sekurang-kurangnya 9 kali. Kalau mereka yang buat solat sunat makin banyak jumlah dia kan.
Kalau kita dah ulang-ulang ucap syahadah setiap hari, agak-agak kita ada masalah tak nak ucap syahadah semasa malaikat Izrail nak cabut nyawa kita? Ala, kita dah ulang-ulang setiap hari konfem la kita boleh ucap syahadah semasa nak mati nanti. Jawapan penuh yakin!
Macam mana kalau kita tak dapat ucap? Pernah kita terfikir?
Naqib saya pernah bercerita. Kalau kita nak tahu orang tu nanti ada masalah nak ucap syahadah atau tidak, kita tengok kehidupan seharian dia. Kita tengok macam mana perangai dia. Kita tengok perwatakan dan perilaku dia.
Cuba sehari ni kita bagi dia terkejut. Kita dengar apa yang keluar dari mulut dia. Takpun kalau kita jalan-jalan dengan dia tiba-tiba dia terjatuh. Kita dengar apa yang dia ucapkan. Kalau yang keluar nama Allah, insyaAllah tiada masalah. Tapi kalau yang keluar tu carutan ataupun melatah tak tentu pasal, ada sedikit masalah yang kita kena ubah.
Kronologi dia mudah. Kalau semasa kita sedar, bersuka ria dan bernyawa pun kita ingat Allah, insyaAllah kita akan ingat Dia semasa kita susah. Tapi kalau semasa kita sedar kita mencarut bila jatuh tangga, apa jaminan kita yang kita akan mudah menyebut syahadah semasa berdepan dengan mati.
Nak baca satu cerita tentang burung kakak tua? Mungkin ada yang pernah baca di mana-mana sebelum ini.
Ada seorang ulama ni dia memelihara seekor burung kakak tua. Daripada kecil burung tersebut telah diajar menyebut syahadah. Mula-mula memanglah susah tapi lama kelamaan burung tersebut dapat menyebut syahadah tanpa sebarang masalah.
Sampailah satu masa burung itu sudah tua dan mati. Ulama tersebut berasa sangat sedih apabila burung yang dipeliharanya sejak kecil itu mati. Anak didiknya cuba untuk memujuk dengan berkata bahawa dia akan membelikan ulama tersebut seekor burung kakak tua yang baru.
Tahu apa ulama tu jawab?
"Aku bukan sedih sebab kehilangan burung tersebut. Aku sangat sedih sebab setelah aku ajar dia menyebut kalimah syahadah sejak dia kecil, tetapi apabila dia mati dia tidak dapat menyebutnya. Lalu, apakah jaminan yang aku akan dapat menyebut syahadah apabila aku hendak mati nanti?"
boooooooommmmmmm. rasa macam kena kamehameha daripada super saiya direct kat diri sendiri.
Rasulullah SAW sebut dalam hadis yang femes:
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam, maka dia dari kalangan mereka yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang celaka"
Jom usaha perbaiki diri setiap hari. Menjadi yang lebih baik tentunya sebab sapa yang nak jadi orang yang rugi kan. Semak borang mutabaah amal harian kita.
Solat fardhu kita on time ker?
Solat kita berjamaah? Kalau ya berapa kali?
Ada zikir lepas solat?
Solat tahajud tak malam tadi?
Ada buat solat sunat hari ni?
Puasa sunat isnin kamis ada buat? Jangan kawen empat je sunnah yang kita tahu
Ada sedekah jariah untuk bekalan akhirat?
Senyum pada saudara muslim kita?
Ada buat salah? Kalau ada, kita mintak maaf? Maafkan juga orang lain jangan lupa
Quran kita ada baca? Kalau kita faham makna dia lagi ohsem!
Tick mana yang kita buat and jangan lupa teruskan. Kata nak jadi super saiya. Kalau berehat je tak boleh jadi super saiya tau. Jadi super sayor bole la :)
ohhh sau lagi tertinggal. Setiap hari kita merancang, Allah pun merancang. Rancangan Allah itu sudah tentunya yang terbaik. Tapi jangan lupa. Syaitan pun merancang hari-hari. Jadi kita kena kuat lawan dengan hasutan syaitan tak guna tu!


0 Comment(s):
Post a Comment