17 December 2011

Menangislah Wahai Mata

Menangislah Wahai Mata
(karya: Ustaz Mohd Azri Zainul Abidin)

Menangislah wahai mata,
petanda kau hanyalah hamba..
Mengislah wahai mata,
rintihan hanya buat Yang Maha Esa..
menangislah..
dalam suram cahaya malam,
di sunyi sepi yang murni,
dalam asyikan aluan wahyu Tuhan,
dalam indah kalimah hikmah,
dalam sebak mengenang dosa,
dalam syahdu merindui pahala..
maka..menangislah wahai mata..
biar setiap ketika, biar setiap masa..
jika tidak membasahi pipi,
biar tetap membasahi nurani..

menangislah wahai mata,
mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan Tuhannya,
sedumu meriwayatkan duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,

menangislah dengan penuh kepiluan,
agar kau tenggelam dalam lautan tiada tepian,
menangis dengan sepenuh jiwa,
agar kau rasa kurnia yang tiada terduga,
menangislah, supaya kau tahu ada bezanya,
antara airmata meratapi dunia,
dan tangisan memanggil Yang Esa..


nota kaki 1: jangan dicari salah orang, cuba perbaiki diri sendiri
nota kaki 2: kalau pun tidak sayangkan diri sendiri, sayanglah kedua ibu bapa kita [link]

06 December 2011

Qawiy

busy dengan final? nah perkongsian sedikit untuk makanan rohani kita dalam minggu-minggu akhir semester ni


berusaha.berusaha.berusaha
untuk menjadi mukmin yang kuat dan berjaya dunia akhirat

01 December 2011

Dah Matang Ke?

just a quick update before final exams week. last week punya weekend (faham??), sorang lagi kawan sebaya naik satu lagi tangga maratib amal. daripada individu muslim kepada baitul muslim. alhamdulillah :)

saya ada bertanya apa yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk berkahwin muda dan tidak jadi seperti kami semua yang ingin menghabiskan pelajaran dan mencari kerja terlebih dahulu supaya kehidupan lebih stabil.

KEMATANGAN

Simple je jawapan dia. pastu dia explain la sikit2 apa yang dia maksudkan tu dan saya ada meminta kebenaran darinya untuk berkongsi disini. semua berbalik kepada persediaan diri kita sendiri dalam membentuk individu muslim.

Belum dikira matang jika kita masih samar2 tentang tujuan hidup kita. orang yang matang tahu tujuan dia dihidupakan dan dia akan berusaha untuk memenuhi tujuan hidupnya.

Belum dikira matang jika kita masih lalai dengan dunia. orang yang matang tahu bahawa dia tidak punya banyak masa untuk melayan movie 24jam ataupun main game bila mana final exams around the corner (rasa macam ada batu besar jatuh atas kepala)

Belum dikira matang jika perkara wajib masih dilalaikan. orang yang matang tidak akan melambatkan waktu solat dia dan akan berusaha sebaiknya untuk melakukan perkara2 sunat

Belum dikira matang jika kita masih berkira dengan semua orang. berbuat sesuatu kebaikan dan mengharap balasan. orang yang matang akan rela untuk berkorban untuk kebahagiaan orang sekelilingya.

Belum dikira matang jika kita masih tiada perancangan masa depan. orang yang matang akan merancang sebaik mungkin kehidupan dia pada masa hadapan walaupun dia tahu ada yang lebih hebat dalam perancangan. sekurang-kurangnya dia berusaha.

Yang paling penting orang yang matang ini bukan jenis pentingkan diri sendiri sebab baitul muslim takkan berjaya kalau hanya berfikir untuk kepentingan diri sendiri


Banyak lagi lah kalau tak silap benda2 yang boleh membentuk kematangan diri seseorang. bila reflek balik apa yang dia kata, nampak sangat tak matang lagi -.-

okay back to final exams!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...