22 October 2011

HIMPUN

kecewa!

itu jer nak cakap bila tengok live HIMPUN yang diadakan di Stadium Shah Alam semalam. perhimpunan yang sepatutnya dihadiri untuk sama2 membantah murtad di negara kita tetapi yang hadir tidak sampai seribu. yang Islam nak apply murtad kat negara kita tu ramai.

ada orang kata HIMPUN ni mainan politik sebab boleh senang2 dapat permit. BERSIH dulu sampai kena tutup KL sebab tak dapat permit. typical malaysian. bagi permit salah. tak bagi permit pun salah.

ada orang yang pandai agama pun asyik nak bergaduh sesama sendiri. ukhuwah sesama Islam macam dah tak peduli. orang2 kafir diangkat dan disanjung. ini Malaysia hari ini.

macam mana nak mencapai negara Islam yang diidamkan kalau perpaduan sesama Islam pun hancur berkecai? Ingat sejarah pertubuhan kerajaan Islam di Madinah. Kaum Aus, Khazraj dan Muhajirin semua bersatu. Hebat ukhuwah sesama mereka. Hasilnya Islam berjaya dimartabatkan sampai semua orang dapat merasai nikmat Islam dan iman.

Di barat aku lihat Islam tanpa Muslim tetapi di timur aku lihat Muslim tanpa Islam [Syed Qutb]

Tak pelik ker camtu? Wake up people!


3 Comment(s):

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

maaf wahid, sekadar pendapat ana.HIMPUN ini agenda umah,kenapa perlu ada agenda "hidup melayu,hidup Islam" "Melayu Sepakat,Islam Berdaulat"..bila ada agenda bangsa, jadi kaum cina muslim,india muslim,dan lain2 bangsa non malays yang muslim merasa ini agenda melayu dan sekaligus merasakan mereka terpinggir.sepatutnya agenda HIMPUN harus islam semata-mata tanpa membangkitkan sentimen perkauman. menurut Dr Asri, bangsa memang ada nilai tapi bangsa bukan menjadi ukuran untuk menenntukan salah atau benar sesuatu perkara.ana bukan nak bela BERSIH tetapi dalam bersih yang dituntut adalah keadilan,kebebasan bersuara,ketelusan media dan sebagainya dan ini menyebabkan semua orang terpanggil untuk menyatakan pendirian.jadi, menjadi harapan kalau nak adakan HIMPUN 2.0, agenda bangsa harus diketepikan.biarlah beetul2 agenda aqidah.tetapi (pendapat ana lagi)sepatutnya diorang berhimpun di institusi2 agama (zakat,jakim,jais,pemerintah,etc) supaya telus membela dan memelihara umat Islam kerana mereka yang ada kuasa. mereka yang ada kuasa dan mereka menentukan perundangan dalam negara.sebagai contoh,kalau KDN tidak mengeluarkan permit untuk mengeluarkan majalah2 hiburan,yang lagho dan sebagainya tetapi hanya keluarkan permit untuk majalah ilmiah,islamik,pendidikan dan lain2 yang berfaedah sahaja,ana yakin corak pemikiran terutama golongan remaja pasti berubah.itu baru satu kementerian, cuba ubah corak pentadbrian dibawah kementerian pendidikan,kewangan,pembangunan luar bandar supaya bersifat lebih islamik,ana yakin pasti akan ada perubahan positif..wallahua'lam..:)

Join Himpun said...

Salam, dah lama tak conteng2 kat sini :)

Aku ada join perhimpunan HIMPUN. Honestly aku rasa, kalau aku non-Malay, aku akan terasa sangat sebab memang ada sentimen Melayu. Tapi tak semua pemidato menggunakan isu tersebut.

Alhamdulillah Ust Ridhuan Tee ada datang, maybe he is the only Chinese who came?

Overall tujuan dia memang bagus, utk menyelamatkan aqidah, tapi isu seolah-olah perjuangan bangsa sangat menyedihkan. Cuba bayangkan kalau kita berada d tempat mereka?

abid™ said...

Bismillahirrahmanirrahim

terima kasih atas pandangan yang telah diberikan.mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang sesetengah perkara.apa2 pun terima kasih bnyk2 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...