25 July 2011

Ramadhan Datang Lagi

Apa perasaan kita Ramadhan dah nak sampai? Mungkin ada yang suka sebab mereka betul-betul menghargai kedatangan bulan yang mulia ini. Bulan di mana semua pahala amalan kita dilipat gandakan. Mungkin ada juga yang mengeluh kerana mereka perlu menahan lapar dan dahaga di siang hari. Semua itu terletak pada diri kita sendiri.

Pada yang belum habis melangsaikan puasa ganti pada tahun lepas, masih tinggal sekitar enam hari untuk menghabiskannya. Pada yang sudah habis, boleh bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan supaya nanti kita tidak jadi seperti yang Nabi kita sebut di dalam hadisnya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” [HR Ibnu Majah]

Kalau google kat internet terdapat banyak kelebihan Ramadhan ni. Tak kan kita nak sia-sia kan bulan Ramadhan yang datang setahun sekali ni kan? Jom berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Tapi yang paling penting kena la istiqamah sebab amalan yang berterusan lebih disukai oleh Allah berbanding amalan yang banyak tetapi tidak berterusan.



Checklist kat atas ni boleh download di sini

Jom praktis buat sikit-sikit sebelum masuk Ramadhan ni. Biasakan diri then nanti dah terbiasa buat takda la rasa berat kan? Semoga Allah memberkati kita di akhir Syaaban dan sampaikan kita semua kepada Ramadhan

1 Comment(s):

PuteriBonda Anis said...

the bestla wahid!
tq

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...