Banyak ganjaran boleh dapat ni
Buat benda mudah-mudah pun dah dapat pahala
Tapi jangan lupa benda yang wajib
Puasa siang bukan malam
Cuba khatam Al-Quran
Tarawikh dapat pahala solat wajib
Memperbanyakkan sedekah
Dan banyak lagi...
So, are you ready?
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [contoh: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih-agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal [Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI untuk menjadi manusia hebat!
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai.
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'




0 Comment(s):
Post a Comment