Lama jugak tak update yeh. Sibuk dengan final exam then dengan field session dua minggu di east coast. Kemudian, kemas-kemas barang untuk balik Malaysia.
Alhamdulillah juga dengan izin Allah saya masih diberikan nikmat untuk hidup di dunia ini. Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 pada 2 Jun yg lepas. Saya sambut atas plane somewhere between Jepun and Los Angeles. Then smpai kat Taipei ada budak nyanyi lagu Happy Birthday. Serius ni. Tak percaya tanya pada izat (partner balik Malaysia). Org spesel je ada chance sambut bday atas plane. Haha.
Nak kena berkongsi satu-satu ni sebb kalau masukkan semua skali boleh jadi panjang sangat nanti. Cerita pasal nikmat umur dulu la yeh. Saya postpone perkongsian tentang benda2 lain pd post akan datang.
Tahu siapa orang yang telah tertipu di dunia ni? Mesti pernah dengar kan. Orang yg tertipu ketika di dunia ni adalah mereka yang menyangka bahawa mati hanya akan berlaku pada mereka yang telah berusia atau mereka yang telah tua.
Makna kata, kita2 yg berumur sekitar 20 tahun ni tak mungkin akan mati. Sebab tu jugak la bila kita tgk ramai remaja seusia kita lebih gemar menghabiskan masa melepak atau membuat perkara2 tidak berfaedah pada masa lapang. Lebih teruk mereka yg suka melakukan maksiat dengan anggapan yg mereka akan sempat bertaubat bila mereka tua sebelum mereka mati.
Tidak ada siapa yg tahu bila, dimana dan bagaimana dia akan mati. Jika ada antara kita yg bole meramal kematian seseorang, org tu menipu. Ajal maut adalah salah satu perkara ghaib yg hanya diketahui oleh Allah. Bayi yg baru sahaja melihat dunia juga tidak lari drpd menemui ajal selepas kelahirannya.
Terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada ibu bapa saya yg mendidik sy sehingga menjadikan sy pd ketika ini. Kepada semua guru2 sy sama ada secara formal ataupun tidak formal. Terima kasih juga sy ucapkan. Kepada semua kawan, sahabat dan teman seperjuangan yg mengucapkan selamat sama ada di fb, sms, surat ataupun segala bentuk komunikasi yg ada.
Terima kasih juga untuk yg memberi hadiah. Cantik!! insyaAllah akan digunakan sebaiknya. Ini hadiah saya pula untuk kamu2 semua. Khas untuk persahabatan kurniaan Allah. Dipetik drpd buku bertajuk “Hadiah Ukhuwwah”. Comel buku ni. Bole pergi carik sesiapa yg mahu J
Sahabatku, ukhuwah itu menjana bahagia. Biarpun dengan linangan air mata. Kerana ukhuwah itu dibina atas asas iman kepada Allah yang Maha Esa. (Pencipta kita, sumber kebahagiaan kita, dan tempat pergantungan kita. Dia yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri) Dengan ukhuwah, kita diikat erat dengan aqidah yang sama; Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa Pencipta. Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna. Sahabatku, serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah itsar - mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Mungkinkah si tupai ini mengerti makna itsar?
Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwah kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman. Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada dan mengutamakan orang lain. Bersyukurlah sahabatku, dengan hadiah ukhuwah ini. Sesungguhnya ini anugerah. "Segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami, maka dengan nikmat-Nya, jadilah kami bersaudara"
Semoga kita selalu mengingati hadis 13:
“Seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR Bukhari dan Muslim)
Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri ialah redha-Nya? Maka itu jualah yang diharapkan untukmu, wahai sahabatku. Sahabatku, "Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, dibawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya" - Mustafa Masyhur. Kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati dalam iman kepada-Nya.. Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita.
Sahabatku, orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwah kerana Allah akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi. Kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah. Allah malah telah menjanjikan bahawa syurga dan naungan-Nya untuk mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Ya. Hanya kerana-Nya.. Jadi sahabatku, jika kita tidak bertemu lagi selepas ini, semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga. Amin.
Saya selitkan sekali isi post sy sebelum ini berkaita ukuwah. Dipetik drpd novel Terasing karya Hilal Asyraf.
"Aku risau kalau Allah uji aku tersungkur atas jalan ini. Aku risau kalau Allah uji aku dengan memalingkan aku daripada kebenaran, lalu aku jatuh ke lembah kehinaan." Seorang sahabat membalas,"Jangan risau, perkara itu tidak akan terjadi kepada kau." Berkata lagi, "Aku bukan malaikat. Janji padaku. Pertama, ingati aku dalam setiap doamu. Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah aku. Dan jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."
Alhamdulillah. Terima kasih lg sekali kepada semua yg mendoakan. Bersyukurlah kita semua atas apa yg telah dikurniakan Allah terutamanya nikmat usia. Gunakan usia yg telah Allah berikan dengan sebaiknya. Banyakkan bersyukur dan beramal kepada Allah semoga diberkati umur kita.
Jika Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membuka Konstantinopel pada usia 21 tahun, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama ke atas Palestin? Mungkin agak sukar tapi kita kena ingat. Sukar tidak bermakna ia mustahil untuk dilakukan :)
nota kaki: ingin berkongsi bbrp gmbr ttp internet agak slow. lain kali je la yeh :)


0 Comment(s):
Post a Comment