20 June 2011

Mutabaah Amal

Saya percaya ramai antara kita yag sedang bercuti. Sudah tentu kita tidak sesibuk seperti semester biasa kecuali mungkin bagi sesetengah daripada kita yang mengambil summer class. Bagi yang sedang bercuti apa yang kita buat sepanjang kita bercuti?

Jom kita sama-sama usaha untuk pertingkatkan iman kita dan dalam masa yang sama memperbanyakkan amalan kebaikan kita sebab kalau sudah mula semester baru nanti kita beralasan sibuk pulak kan. Jadi sekarang masanya.

Kita revise balik misi tarbiyah kita. Antaranya kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi individu muslim yang sebaiknya. Revise balik maratib amal dan juga muwafasat tarbiyah. Bagi yang sudah berumah tangga, bolehlah mengajak suami/isteri untuk sama-sama membina baitul muslim yang terbaik.

Untuk tarbiyah harian kita boleh mulakan dengan membuat mutabaah amal ataupun amalan harian kita. Benda ni macam checklist amalan kita supaya kita boleh tengok macam mana performance ibadah kita setiap hari. Bertambah banyak, sama sahaja ataupun berkurang.

Dekat bawah ni ada contoh mutabaah amal untuk harian. Boleh ditambah ikut kesesuaian diri kita sendiri seperti bersukan setiap hari, solat berjamaah di surau dan juga berpuasa sunat.


InsyaAllah kalau kita dapat buat mutabaah amal harian kita ni, kita akan terbiasa apabila kita sudah memulakan semester baru nanti. Siapa tahu kita akan jadi lebih baik selepas ini?? Yang penting kita kena berusaha dan istiqamah walaupun sedikit.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik amalan adalah amalan yang berterusan sekalipun sedikit." [Baihaqi]


0 Comment(s):

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...