13 June 2011

Al-Mujib

Perkongsian untuk hari keempat and Alhamdulillah I'm back :) tak ingat pkol brape smlm. around 9pm kot.



al-Mujib - Maha Memperkenankan.
Banyakkan doa, kita sume ada Tuhan yg Maha Memperkenankan.

"dan TuhanMu berfirman, 'berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu'. sesungguhnya org2 yg sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dlm keadaan hina dina"
[40:60]

Allah tak suke org sombong.
jadi ringankan lidah utk selalu berdoa.
lembutkan hati utk terus meminta.

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
[2:186]

Allah tu lebih dekat dari urat leher kita [50:16]
kita belum tanye, Dia dah prepare jawapan pun.
dlm mase kita berdoa, buat ape yg Dia suruh, tinggal apa yg Dia larang.
mungkin dgn ini, baru mustajab.
kalau diri dibelenggu dosa, beratlah sikit agaknya perjalanan pemakbulan tu.
tersekat sekat. dihalang dosa sendiri.
so sambil2 berdoa, cuba yg terbaik tinggalkan dosa.
insyaAllah, Dia Maha Mengetahui, Maha Melihat.

"bukankah Dia (Allah) yg memperkenankan (doa) org yg dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan mehilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di muka bumi? apakah di samping Allah ada Tuhan (yg lain)? sedikit sekali (nikmat Allah) yg kamu ingat"
[27:62]

dgn sape lagi kita nk doa kalau bukan Dia.
Allah buka peluang utk kita berdoa.
dan Allah mention jugak, kita sume ni khalifah.
so lets do our part, and let Him take care of the rest.
kita buat tugas kite, sbb Dia pun setiap masa dlm kesibukan uruskan makhluk2Nya [55:29]

jadi, jom doa banyak2.
dlm ayat2 kat atas ni Allah mention, Allah makbulkan, jika kita berdoa.
means tak boleh duduk goyang kaki dan tunggu bulan jatuh ke riba (terkena diri sendiri).

rendahkanlah diri.
minta kepada Dia yg Maha Memakbulkan.
doa sebagai hamba, insyaAllah didengariNya.

"berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yg lembut. sungguh, Dia tidak menyukai org2 yg melampaui batas"
[7:55]

semoga al-Mujib mendengar suara2 kita.
semoga al-Mujib memperkenankan permintaan2 kita.
amin amin ya rabbal alamin.

Nota kaki: Jom sama2 amalkan nama Allah yg ini, dgn bnykkan berdoa dan bersangka baik dgn Dia yg Maha Memakbulkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...