Schedule post untuk hari ketiga.

Tak pernah hidup kita dilalui tanpa berlakunya dosa. Apatah lagi jika mula menjauh dari biah, hidup mula bersendiri, dan pada masa inilah mula teruji. Apakah yang dilakukan sebelumnya adalah betul2 dari diri, atau hanya disebabkan faktor2 yg ada di sisi?
Kita manusia, bukan malaikat atau para rasul. Iman naik dan turun, seperti air laut yg pasang dan surut. Dosa datang dan pergi, seperti siang dan malam yang silih berganti. Kadangkala kecewa dengan diri sendiri, hingga lelah nafas untuk menempuhi.
Mungkin kita telah lupa pada pemilik diri, Tuhan yg merajai setiap hari. Allah yang Maha Penyayang telah menciptakan kita, dari jiwa dan disempurnakan jasadnya. Diberi akal dan hati untuk merasa.
Bila difikir2, Mengapa kita lahir sebagai manusia? Untuk apa kita dicipta dengan terpaksa bertarung sebegini rupa? Untuk apa kita dicipta dengan peperangan yang tiada hentinya? Untuk apa kita dilahirkan ke dunia yang penuh dengan tipu daya? Untuk apa kita diberi nafsu yang boleh melemaskan kita? Untuk apa syaitan dikirim untuk menyesatkan setiap masa?
Mustahil Allah yg Maha Pengasih itu menciptakannya sia2. Semuanya dalam lingkungan pengetahuanNya. Pasti semua ini ada manisnya biarpun kini perit yang dirasa.
Jadi sahabat, biarpun hari ini kita terpaksa melalui hidup di alam fana, dengan kesalahan dan dosa yang tiada kesudahanyya, ingatlah kita ada Dia sebagai pelengkap kekurangan kita. Kerana Dia yang Mencipta, pasti telah disediakanNya ubat untuk setiap perkara.
Kesalahan dan dosa kita ditampung dengan sifatNya Al Ghafar. Allah Maha Pengampun. Dosa mengiringi setiap hari, namun datangnya Dia juga tidak berhenti.
dari Anas ra berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman:"Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu niscaya Aku ampuni segala dosamu yg telah kamu lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepadaKu niscaya kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan seluas bumi lalu engkau bertemu denganKu dalam keadaan tidak menyukutukanKu sedikitpun, niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula"[HR Tirmidzi]
Mana lagi nk dapat Tuhan sebaik ini. Sifat Tuhan adalah untuk dijaga dan dilengkapi hambaNya. Jadi jom cuba, banyakkan taubat dan kurangkan dosa. Esok mungkin masih ada, tapi belum tentu ia milik kita. Hidup ini adalah satu pertarungan, pemberian nyawa adalah satu ujian.
“Mahasuci Allah yg menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun“[67:1-2]
Pastinya, ujian dan pertarungan ini adalah harga sebuah bayaran di satu hari pengakhiran. Pesan saya untuk diri saya dan kita semua:
Jangan berhenti mencuba untuk memenangi setiap pertarungan.
Jangan pernah putus asa dalam mencari keampunan.
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bagi orang yg bertakwa, (iaitu) orang yg berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yg menahan amarahnya, dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yg berbuat kebaikan, dan (juga) orang2 yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yg dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga2 yg mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik2 pahala bagi orang2 yg beramal”[3:133-136]
Nota kaki: Sifat Allah itu untuk siapa lagi jika bukan untuk kita. jom, usaha!! :)


0 Comment(s):
Post a Comment