03 April 2011

Miss Malaysia 2010


Tengah demam bukak facebook nak rehat-rehat before start study sekali jumpa pulak video ni. Terus hilang pening kepala and demam ganti dengan geram. Saya tidak tahu event ini hanya benar-benar berlaku atau hanya sebagai promo.

Post kali ini mungkin berunsur sedikit marah. Harap maaf.


speechless - speechless - speechless

Rasulullah SAW bersabda: "Diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki." (HR Abu Nu'aim)

What happened in Malaysia right now? Sudah dua tahun saya tidak balik Malaysia adakah sudah jadi begini? Ini yang direkod dalam video. Kalau yang tak direkod macam mana? Lagi terukkah?

Ya Allah. Macam ni ker Malaysia hari ni. Dimana kerajaan pemerintah? Dimana posisi agama Islam yang kononnya diiktiraf sebagai agama rasmi negara? Dimana slogan Islam Hadhari?

Bagaimana event macam ni boleh terlepas? atau sengaja dilepaskan? Kalau ceramah-ceramah keagamaan susah pulak nak dapat permit. Ceramah politik apa lagi. Baru cakap 15 minit, introduction pun tak habis lagi dah disuruh berhenti. Siap bawak Federal Reserve Unit (FRU) lagi. Event macam kat atas ni yang patutnya diserbu FRU. Sembur sikit diorang dengan gas pemedih mata tu biar nanti diorang gosok-gosok mata pastu baru sedar yang benda diorang tengok tu salah.

Lepas tu diorang tu lelaki atau perempuan? Sekali pandang nampak macam perempuan tapi bila dah keluar suara terus tersembur air milo dalam mulut. Okay la sabar sikit. Cool down. Kita kena bersangka baik sebab kita tak nampak mereka depan mata. Jadi kita tak boleh buat andaian yang buruk.

Mungkin masa dah nak dekat dengan event Miss Malaysia ni, semua peserta tu sakit tekak kot. Minum air sejuk banyak sangat. Sebab tu suara mereka jadi macam tu. Takkan nak tangguh event pulak kan sebab nanti membazir la 25juta (menurut video tu). So, teruskan la jugak event tu walaupun diorang ada yang sakit tekak.

Ni nak marah pasal benda lain plak. Quote from video, "Kelantan tak bole pakai macam ni. Berdosa." Apa ingat kat Kelantan je pakai macam tu berdosa? Kat negeri lain dihalalkan la yeh? Macam tu? Sini nak ingatkan sikit. Pakaian menutup aurat tu hukum Allah yang telah ditetapkan daripada 1400 tahun dahulu lagi.

Hukum Allah tu apply kat semua tempat and masa. Bukan kat Kelantan jer. Kalau nak sangat pakai macam tu and buat peraturan sendiri, pergi buat planet sendiri and jangan berada dalam sistem ciptaan Allah. Pastu tahu bercakap pasal dosa tapi kenapa la taknak apply kat diri sendiri. Sayangnya la kalau macam tu kan. Ilmu dah ada tapi taknak amalkan.

Kepada kerajaan Malaysia atau sapa-sapalah yang ada kat Malaysia tu. Saya nak bagi tahu satu benda. Tahu tak sebelum ni tsunami dan gempa bumi dah melanda Jepun? Tak rasa ke tu peringatan daripada Allah kepada sesiapa yang lupa.

Mungkin saya yang silap kot. Sebab menurut first lady kita, tsunami kat Jepun tu disebabkan oleh climate change dan mereka tak tahu guna green technology. Come on people. Open your eyes. Do you want to teach climate change and green technology to the people who invent the word TSUNAMI itself?

Tsunami tu adalah salah satu natural disaster. Satu kelompok dengan gempa bumi and gunung berapi. Manalah kita boleh predict benda-benda tu semua. Kita hanya boleh bersedia setiap masa. Waktunya hanya Allah yang tahu sebab tu adalah perkara ghaib. Luar daripada pengetahuan manusia.

Kalau kita nak percaya tsunami kat Jepun tu disebabkan kesalahan mereka ikut suka hati andalah yang percaya. Bagaimana pula dengan yang berlaku kat sempadan Myanmar dan Thailand? Sedang menuggu komen daripada first lady kita.

Cuba bukak peta sikit. Kalau ada glob yang sphere tu lagi menarik. Bole pusing-pusing. Carik negara Jepun, Myanmar and Thailand. Pastu carik Malaysia pulak. Rasa-rasanya la kan,kedudukan Malaysia dengan tiga negara tersebut jauh atau dekat?

Kalau kita ukur guna pembaris 15cm yang kita selalu guna, pembaris tu pun lagi panjang daripada jarak tiga negara tersebut dengan Malaysia. Semua negara tu dekat-dekat dengan kita. Takda kesedaran ke dalam diri kita ni yang mungkin negara kita pula lepas ni? Indonesia dah banyak kali.

Mungkin tak kot sebab negara kita kan negara Islam
Takpa, Malaysia kan hebat dalam climate change and green technology
Ulama Malaysia banyak konfem tak kena bencana

Salah satu tanda akhir zaman yang lain adalah kematian para ulama dan yang memimpin negara bukan orang yang sepatutnya. So, still rasa Malaysia akan selamat daripada semua bencana ataupun hukuman daripada Allah?

Tolonglah rakyat Malaysia. Wake up people. Allah kalau nak menghapuskan sesuatu kaum tu mudah jer. Ambillah iktibar daripada kaum Nabi Nuh. Banjir besar yang meneggelamkan mereka semua yang tidak mahu beriman dengan Allah.

Sedihnya kalau Malaysia memang betul-betul macam ni sekarang. Dua tahun tinggal Malaysia macam-macam berlaku. Nak balik tahun ni MARA tak bagi pulak. Just boleh harap yang terbaik untuk tanah tumpah darahku.

Okay tenang-tenang. Mungkin mereka lupa je tu. Kita kena ingatkan balik. Jangan sampai benda buruk pulak berlaku kat Malaysia. Semua keluarga saya ada disana dan sudah tentu saya tidak ingin perkara buruk berlaku di Malaysia.

Saya masih berharap event diatas hanyalah sekadar promo dan bukanlah event yang betul. Tapi kalau promo sekalipun ia sudah melampau bagi saya kerana banyak cara lain lagi untuk mempromosikan sesuatu event.

Ya Allah, saya telah menjalankan tanggungjawab saya untuk menyampaikan. Maka kau bukalah hati mereka untuk berubah mengikut segala perintahMu. Ampunkanlah mereka jika mereka terlupa kerana kami memang tidak lari daripada berbuat dosa.


0 Comment(s):

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...