02 January 2011

Tiga Tanda

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali:

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya: Jujur dalam berkata-kata, menjauhi segala yang haram dan merendahkan diri.

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya: Merahsiakan ibadahnya, merahsiakan sedekahnya dan merahsiakan ujian yang menimpanya.

Bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda-tandanya: Takut berlaku dusta dan keji, menjauhi kejahatan dan memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya: Mengawasi dirinya, menghisab dirinya dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

0 Comment(s):

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...