Setiap orang ingin merasa nikmat mengecap kejayaan. Tapi tak semua orang dapat mencapainya. Seorang pelajar ingin berjaya dalam apa jua bidang yang dipelajarinya. Ibu dan bapa pula ingin mendidik anak-anak mereka sehingga menjadi manusia berjaya yang boleh dibanggai. Seorang usahawan ingin membawa keuntungan dalam company yang dipegang. Secara umumnya tiada siapa yang mahukan kegagalan sehinggakan jika ditanya pada seorang pencuri, sudah tentu dia mahu berjaya dalam setiap aktiviti rompakannya.
Pengisian khutbah jumaat lepas berkaitan 7 principles of success daripada kehidupan Rasulullah SAW. Mana yang kurang harap maaf sebab tak sempat nak salin semua laju-laju dalam notebook.
Begin with Possible
Diceritakan daripada Aisyah RA, bila mana Rasulullah SAW berhadapan dengan dua pilihan, Rasulullah akan memilih the easier one.
Ini yang dinamakan begin with possible. Kita menggunakan segala jenis resources yang kita ada ketika ini untuk memulakan langkah kita. Kalau kita salah memilih asas, sudah tentu benda yang kita nak bina tidak akan kukuh. Betul?
See the Advantages and Disadvantages
Kita selalu mengeluh bila mana Allah datangkan ujian kepada kita tidak kira besar atau kecil. Pernah fikir tak ujian yang Allah bagi tu Dia design betul-betul untuk kita je. Kalau Allah bagi ujian yang sama pada orang lain belum tentu orang tu kuat macam kita. Hebat tak Allah tu? Ingat [2:286]
Ini juga menjadi asbabun nuzul untuk Surah Al-Insyirah yang mana Allah sebut every hardship will come easiness. Bila mana kita ditimpa ujian, kita yakin kepada Allah yang Dia akan bantu kita dan ujian itu Allah turunkan untuk menaikkan lagi darjat kira disisiNya.
Penyucian jiwa seorang hamba adalah melalui ujian dari Tuhannya
kerana saat itu dia ditarbiyah hebat agar cintanya hanya untuk Dia
So, kena selalu ingat yang setiap masalah akan ada peluang yang akan diberikan. Pegang kuat-kuat prinsip ni.
Minus to Plus
Basically, this principle is about taking action instead just menyerah dengan kehidupan kita.
Pernah baca cerita keldai. Baca sini. Contoh terbaik yang menjadikan situasi yang kelihatan tidak berpihak kepada kita tetapi hasil usaha kita boleh berjaya.
Try to Change Place/Time/Action
Kita ambil contoh peristiwa besar dalam sejarah perkembangan Islam. HIJRAH. Hijrah umat Islam daripada Makkah ke Madinah bukan bermaksud mereka melarikan diri tetapi atas perintah Allah.
Dan dalam masa yang sama mencari tempat yang lebih sesuai untuk penyebaran Islam. Hasilnya terbentuklah negara Islam pertama di Madinah.
Janganlah kita mengharap hasil yang berbeza jika menggunakan cara yang sama sebab (2/10) tetap akan menjadi 0.2 jika menggunakan maths biasa. Akan tetapi kalau kita guna pendekatan berbeza kita boleh dapat jawapan (2/10) = 2
Try to Not Be a Black and White Thinker
Tak reti nak explain sangat yang part ni tapi basically dia bagi makna yang sama macam do not judge people because you are not in their shoes.
Pernah dahulu tentera Islam retreat sebentar daripada perang (tak dapat tangkap perang apa yang khatib tu sebut) sebab bilangan tentera pihak lawan yang terlampau ramai. Panglima-panglima perang bersetuju untuk mengelakkan perang pada waktu itu dan mengambil masa untuk menguatkan lagi tentera Islam.
Bagi yang bukan dalam situation ketika perang sudah tentu mereka beranggapan bahawa tentera Islam ini lemah dan panglima-panglima perang Islam ni semuanya penakut sebab mahu tarik diri. Tapi, mereka silap sebab panglima-panglima perang Islam ni mempunyai strategi yang lebih hebat diluar pengetahuan mereka.
Apabila telah bersedia, barulah kembali ke medan perang dan Islam terus berjaya disebarkan hingga ke Rom.
Use Gradualism
Gradualism can be define as a principle, theory or policy of gradual rather than sudden changes. Dalam bahasa mudah dia secara berperingkat.
Kalau kita nak berjaya, mana boleh terus berada kat puncak. Nak sampai puncak gunung kena mendaki gunung dahulu. Nak naik bangunan, kena naik tangga atau lif dahulu. Nak sampai bulan pun kena naik space shuttle dulu. Takda orang boleh terus berada kat puncak macam tu je tanpa usaha.
Dan usaha kita ni kena berperingkat. Jangan terlalu rushing sampai kita tidak cek asas kita sama ada kukuh atau tidak. Tak guna rushing kalau asas tak kukuh sebab nanti kita sampai atas sekejap je then menara kita runtuh jatuh berkecai.
Kalau kita perhatikan, ayat Quran juga Allah turunkan secara gradualism. First half daripada ayat Quran yang Allah turunkan menyebut tentang syurga, neraka dan hari akhirat.
Kemudian, bahagian yang kedua selepas manusia boleh menerima Islam barulah Allah perintahkan untuk stop drinking, adultery dan lain-lain sebab perkara ni mendatangkan keburukan untuk kita.
Try to be Realistic and Not Rigid
Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita kena bina sifat dalam diri kita ni untuk menjadi seorang yang realistic. Bukan plastik tau!
Sebagai seorang pelajar, kita boleh menyesuaikan diri kita walau dimana kita belajar. Kita berpijak di bumi nyata dan bukan hidup dalam khayalan. Impian tanpa usaha tidak akan kemana-mana. Jadilah kita macam Mat Jenin.
Nak ke kita jadi macam Mat Jenin? Angan-angan setinggi awan tapi usaha tiada dan akhirnya jatuh dari pokok kelapa.
khaldun - faruq - ummu kulthum
Untuk Faruq: Banyakkan berdoa dan minta pada Allah then tawakal. Apa-apa pun result SPM yang keluar nanti, dah cuba yang terbaik kan? So, keep me update this coming wednesday.
Untuk Ummu: Bittaufiq wan najah dalam musabaqah hafazan dan tarannum peringkat negeri Selangor bermula selasa hingga jumaat depan. Apa-apapun result, I'm already proud of you as hafizah :)
Untuk Khaldun: Teruskan menghafaz biar boleh jadi macam kakak and dalam masa yang sama belajar elok-elok juga. Ada rezeki lebih, semua dapat hadiah summer nanti.



